Monday, October 4, 2010

adat berkasih…(menurut otak aku)

time study… tak kiralah sekolah menengah ke, up skit masuk U ke slagi tak kahwin…. urmmmm para-para pencinta sekalian tak bolehlah terlalu over sangat dengan partner korang…rimas tawu??
over?? over yang macam mana?? hurmmm…(part ni yang paling aku suka nak hentam nih… n_n )
senang cite, kita amek contoh cintan cintun time blaja di tahap yg tinggi la, universiti la lagaknya…
confirm, selain daripada nak dukung segulung ijazah, mesti terselit gak niat di hati masuk U nak cari awek, nak ade pakwe.. kan? kan? eleh tak yah nipu la, aku pun sama jer… konon ikut cakap cikgu, sebab dulu masa skola menengah cikgu selalu ckp, nak bercinta ke hape tunggu pas masuk U, time kat U ni la masanya kita nak kenal2 ngan org yg sebelum ni kita tak pernah jgka pun nak kenal! huhuhu… yg kecik, hidung tinggi, hidung mancung, hidung kemik semuaaaaaaaaanya ada kat U! mcm2 ada! janji yg lelaki tuh bermodalkan rambut terpacak hitam berkilat, perempuan tempek compact powder 4 inci, sudaaaaa… lawa sikit jer dari org lain, bermulut manis jer, ko over react sikit jer confirm jerat ko mengena… hehehehe
kalau ko tanya aku la kan,,, dlm kes couple2 ni benda yg paling aku sensitif is benda2 yg berkaitan dengan PRIVACY… urmm wahai kaum2 adam sekalian..(yg berkenaan, yg terasa jelah yer).. T_T       tolonglah yer, please jangan buat awekz2 korng mcm bini korang k, hak mutlak korang jer.. couple still bukan laki bini… urmm yelah nak salahkan lelaki bulat2 xley gak, t korang cakap tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan??? tapi sebagai LELAKI SEJATI, yg diamanahkan oleh ALLAH SWT untuk memimpim seorang perempuan ke jalan yg benar, yg dikurniakan kepadanya 1 nafsu berbanding perempuan ada 9, nape korang xley tunaikan amanah yg satu tuh?? memimpin seorang perempuan?? kenapa perlu korang yg membengkokkan perempuan yang asal kejadiannya memang dah bengkok?? urmmm tak faham aku! (dah macam isu gender lak nih… huhuhu)
1 g yg aku kurang faham bila seorang lelaki cakap ‘nak kawan’, perempuan macam aku nih actually maksud ‘kawan’ yg lelaki tu cakap aku just meaningkan dy sebagai kawan, kawan yang sama maksud dengan perkataan ‘kawan’ dlm kamus dewan tuh bukannya kawan ditahap yang tinggi.. means couple lah…huhuhu… tak tahulah kot aku nih terlebih konvensional ke hape tapi kadang2 tuh aku tersedak gak bila kawan yang aku maksudkan tuh tetiba jadi maksud lain lak kat orang yang mendengar.. hishhh.. tak pasal2 timbul konflik yang menjatuhkan saham aku akhirnya… hehehe
couple?? adakah bila kita dah declare dengan seseorang tuh membawa maksud bahawa dunia kita is just about him or her?? tolong jawab?? nak buat itu kena tanya dia, k fine.. maybe dengan cara tuh boleh eratkan hubungan kot, trust kan.. (tersenyum senget aku bila tulis ayat nih)… pastu der jugak yang terlewat reply mesej then  mulalah adegan pujuk memujuk pastuh… dalam bilik asyik berabang sayang memanjang! aduhh kesianlah member sebilik… hurmm tak der kesedaran sivik langsung! hehehe (tak kena batang hidung sendiri kan…)
aku pun pernahlah jugak berkasih-kasihan.. tipulah kalau kata tak pernah kan… nak kata yang terdeclare as my botfriend tuh agak ramai la jugak (hahahahaha) tapi yang betul2 buat aku crush ngan diorang just dua orang jer… ermm time skolah menengah dulu nih. nak dijadikan cerita dua org makhluk ALLAH ni ade kaitan between each other. yang bezanya, sorang tuh sedar yang sorang lagi tak nak sedar… hihihi… maybe jarak umur dan cara berfikir tuh lain kot.. sebab yang sorang tuh sebaya aku jer, kalau diikutkan bulan, tua lagi aku! tapi yang lagi sorang tuh memang sah la lebih senior dari aku, beza umur kitorang 9 tahun kot.. huhu tapi aku suka! the way he thinks tuh benanya dah menjajah otak aku. banyak benda yang dia berjaya pengaruhi aku,. hurmm aku pun tak tahu nape, tapi cara dia berfikir tu sangat glokallah… maybe tuh kot yang buat aku suuuuuuuuuuuke bangat kat dia. tapi apa boleh buat kan…… masalah dunia tak memungkinkan untuk kitorang declare as a couple.. huhuhuhuhuh seday mei! urmm mamat tuh cakap aku terlalu kisah ngan cakap2 org, aku tersangatlah merendahkan diri (kalau meter yg jadi ukuran tak per, aku masih boleh terima tapi kalau bab darjat dan pangkat nih ermmmm kite kena fikir banyakkkkkkk kali sebelum berani main dengan dua benda yang agak sama jer maknanya, walaupun family dia cakap tak kisah tapi aku tetap nak kisah jugak)…
mamat nih ngan aku memang rapat, banyak benda aku boleh share dengan dia. (kadang2 hal pakwe2 baru yang datang singgah kejap kat aku pun aku cite kat dia, hehehe… selalunya aku buat2 lupa yang dia tuh der hati kat aku. saja nak ‘memburukkan’ diri sendiri. selebihnya saja nak kasi hint kat korang yang aku ni perasan lawa 0_0)… dia pun cool jer, siap kasi advise lagi babes! dia pun faham, yelah dah senior kan.. dia tahu time ginilah aku nak berkenal-kenalan ngan orang lain, nak kenal dunia… so yang mana patut dia kutuk, dia akan smash gitu je, yang patut ditegur dia tegur…so ok lah tuh… he always there whenever, wherever i need him.. cheee sekali sekala best jugak jadi minah jiwang nih walaupun aku ni sebenarnya tak layak duduk dalam kategori jiwang! huahuahua
mamat ni selalu cakap, (mesejnya tuh lebih kurang bunyi macam nih la…) – “couple is ok… tapi bila declare as a couple tak bermakna your life is my life! privacy should still there. u need to spend ur time with anyone u want. and so me… couple, yes berkawan pada tahap yang tinggi, specialnya tuh lebih sikit dari membe yang lain, tapi couple kita masih tak memiliki dan dimiliki (sbb blom kawen!). kalau salah sorang dari kita berjumpa dengan lelaki/perempuan yang kita rasa lebih sesuai, lebih serasi, lebih cocok dengan diri kita so just go… go on dengan siapa yang kita yakin milik kita. dan yang ditinggalkan keseorangan tuh tak leh persoalkan benda tuh, kecewa boleh sbb tulah tandanya kita masih manusia normal, confirm akan kecewa (org yg kita rasakan kita tidak memerlukan dia sebenarnya yang itulah yang paling kita perlukan sebenarnya). kita kena ingat, berjanji sumpah setia, nak sehidup semati, bercinta bertahun-tahun tapi kalau dah tak ada jodoh?????? ajal maut, jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan? siapa kita nak persoalkan takdir yang ditulis sejak azali?? siapa kita??
ingat yer… couple (maksud aku yang masih bercintan cintun la, bukan yang dah kahwin) tak memiliki dan tak dimiliki.. so korang janganlah nak control habis-habisan partner korang tuh. ingat, his/her life is not just around you! jangan kejam sangat, sampai makwe/pakwe nak buat discussion pasal assingment dengan someone yang lain gender dengan dia pun korang nak majuk berminggu-minggu! hurmmm… terlewat reply mesej pun semalaman baru boleh pujuk, itu belum tak reply terus! kalau terus tak reply tak tahulah aku berapa lama adegan pujuk memujuk, menghabiskan kredit telefon tuh akan berlanjutan! haiyhhh… kadang2 tuh heran gak, entah apa yang diorang sembang berjam-jam kat fon, kalau sorang duduk selatan, sorang duduk utara tak per gak ini alahhhhhhh sorang duduk bangunan ni, yang lagi sorang tuh berseberang jer, hari-hari boleh nampak! tu pun nak bergayut kat fon sampai cair taik telinga! ntah apa yang digosipkan pun tak tahulah… jelez aku! (aku ni couple asyik tak menjadi jer, kena mandi bunga ke???) jangan bila dah kahwin kelam kabut nak bercerai sudohhh (dah tak der topik nak digosipkan kan)… perhabis duit untuk hantaran, kenduri jer!
urmm berbalik pd xmemiliki dan xdimiliki tuh, maybe sebab ‘konsep’ tu la kot yang membuatkan aku susah nak melekat dengan mana-mana lelaki. yelah, ade ke yang tahan dengan perempuan yang jarang boleh nampak dia cemburu, perempuan yang tak kisah apa u all nak buat (bukan tak kisah langsung, still de tapisan gak tapi tak la sampai ke tahap nak mengongkong), perempuan yang susa nak ikut cakap korang, perempuan yang agak ego, then apa lagi ya?? hurmm tak baik kutuk diri sendiri… ^__^
dan maybe sbb konsep tu jugak, aku ngan mamat senior tuh sampai skang masih blur apa kami sebenarnya. kakakakaka… urmm biar masa menentukan segalanya.. chewahhhhhhhhhhhh
single is simple, couple is trouble… betul, untuk sesetengah orang.. huhuhu (pengalaman…)
sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun guruh mampu menjawab
hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapakah nanti cinta untukku…
rahsia itu hanya KAU yang tahu…
tuntun hatiku dengan sabar dalam menanti jodohku.

1 comment:

  1. yang depan mate belum tentu jodoh kite..
    tak mustahil 1 hari,orang yang kite benci adalah jodoh kite..chilll..

    ReplyDelete