Wednesday, November 2, 2011

...tanpa dendam di hati...

lautan yang berapi
daratan yang berduri
bagiku bukan musibah
malahan hikmah berharga

katalah apa saja
yang jelik penuh dusta
kau bebas warnai diriku
di minda yang kelabu

siapa diri ini
Tuhan yang memahami
amarah dan kecewa
hanyalah bara membakar jiwa

sungguhpun ku terkilan
terguris perasaan
ku pilih berdiam diri
tanpa dendam di hati

*mood=mencuba untuk bersabar...

sabda Rasulullah SAW:

'tiada satu penanggungan yg lebih dikasihi ALLAH drpd seteguk kemarahan yg ditelan olh seseorg. mana2 perasaan mrh yg dikawal olh seseorg semata-mata krn ALLAH, nescaya ALLAH akan penuhkan batinnya dgn keimanan.'

*xrugi kalau sbr ;)
--> BIARLAH ORG NMPAK KITA KALAH SEBENTAR, TTP SEBENARNYA KITA MENANG UTK SELAMA-LAMANYA.
(^_____^)_Y

Monday, October 4, 2010

aku nak tahu...

kalau boleh aku mau twu...
asal ko pergi dari aku then bila aku nak start a new life ko plak tergedix nak ada celah2 between aku ngan dia?? 
jawab... jawab...

kalau aku boleh twu...
asal ko still nak caring2 ngan aku sedangkan ko dengan dia??
jawab... jawab...

kalau aku layak twu...
asal ko xpernah nyer nak ngaku yang ko tuh benanya in a relationship??
jawab... jawab...

kalau aku boleh diberitahu...
actually aku ni siapa pada kau??
jawab... jawab...


kalau aku bukan sesaper, kenapa sering dicari??
kalau aku tak bermakna, kenapa masih dikenang??


andai jawapannya...


aku TEMAN...
aku mahu tawu
beginikah cara kau berteman dengan yang lain??
kalau aku ni TEMAN...
aku nak tanya
betul ke kau begitu caring dengan teman2??
kalau aku ni TEMAN...
aku mahu kau bagitau
kenapa kau tak pernah mahu menghormati 'teman'??


siapaku dihatimu
hanya mainan??
sandaran??
sparepart?? 
jawab... jawab...

semua tentang aku, dia dan dia...

semakin ku ingin melupakan
semakin ku ingin bersamamu
tak ku sedari kini semua telah terjadi
ku tak ingin kau pergi
tinggalkanku sendiri
ku ingin kau selalu di sini
walau tak bisa
ku miliki
(kau yang kini teman)

begitu indah kisah cinta kita
yang terlukis di dalam hidupku
andai semua ini bisa berlanjut
tanpa ada yang menyoal
siapa aku di sisi kamu
(dia yang selalu teman)

ku yakin sanggup tuk bertahan
selama ada tempat di hatimu
biarkanku terus jadi sebahagian dari hidupmu
(kalian yang menemani)

andai bisa
ku turutkan saja...?


adat berkasih…(menurut otak aku)

time study… tak kiralah sekolah menengah ke, up skit masuk U ke slagi tak kahwin…. urmmmm para-para pencinta sekalian tak bolehlah terlalu over sangat dengan partner korang…rimas tawu??
over?? over yang macam mana?? hurmmm…(part ni yang paling aku suka nak hentam nih… n_n )
senang cite, kita amek contoh cintan cintun time blaja di tahap yg tinggi la, universiti la lagaknya…
confirm, selain daripada nak dukung segulung ijazah, mesti terselit gak niat di hati masuk U nak cari awek, nak ade pakwe.. kan? kan? eleh tak yah nipu la, aku pun sama jer… konon ikut cakap cikgu, sebab dulu masa skola menengah cikgu selalu ckp, nak bercinta ke hape tunggu pas masuk U, time kat U ni la masanya kita nak kenal2 ngan org yg sebelum ni kita tak pernah jgka pun nak kenal! huhuhu… yg kecik, hidung tinggi, hidung mancung, hidung kemik semuaaaaaaaaanya ada kat U! mcm2 ada! janji yg lelaki tuh bermodalkan rambut terpacak hitam berkilat, perempuan tempek compact powder 4 inci, sudaaaaa… lawa sikit jer dari org lain, bermulut manis jer, ko over react sikit jer confirm jerat ko mengena… hehehehe
kalau ko tanya aku la kan,,, dlm kes couple2 ni benda yg paling aku sensitif is benda2 yg berkaitan dengan PRIVACY… urmm wahai kaum2 adam sekalian..(yg berkenaan, yg terasa jelah yer).. T_T       tolonglah yer, please jangan buat awekz2 korng mcm bini korang k, hak mutlak korang jer.. couple still bukan laki bini… urmm yelah nak salahkan lelaki bulat2 xley gak, t korang cakap tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan??? tapi sebagai LELAKI SEJATI, yg diamanahkan oleh ALLAH SWT untuk memimpim seorang perempuan ke jalan yg benar, yg dikurniakan kepadanya 1 nafsu berbanding perempuan ada 9, nape korang xley tunaikan amanah yg satu tuh?? memimpin seorang perempuan?? kenapa perlu korang yg membengkokkan perempuan yang asal kejadiannya memang dah bengkok?? urmmm tak faham aku! (dah macam isu gender lak nih… huhuhu)
1 g yg aku kurang faham bila seorang lelaki cakap ‘nak kawan’, perempuan macam aku nih actually maksud ‘kawan’ yg lelaki tu cakap aku just meaningkan dy sebagai kawan, kawan yang sama maksud dengan perkataan ‘kawan’ dlm kamus dewan tuh bukannya kawan ditahap yang tinggi.. means couple lah…huhuhu… tak tahulah kot aku nih terlebih konvensional ke hape tapi kadang2 tuh aku tersedak gak bila kawan yang aku maksudkan tuh tetiba jadi maksud lain lak kat orang yang mendengar.. hishhh.. tak pasal2 timbul konflik yang menjatuhkan saham aku akhirnya… hehehe
couple?? adakah bila kita dah declare dengan seseorang tuh membawa maksud bahawa dunia kita is just about him or her?? tolong jawab?? nak buat itu kena tanya dia, k fine.. maybe dengan cara tuh boleh eratkan hubungan kot, trust kan.. (tersenyum senget aku bila tulis ayat nih)… pastu der jugak yang terlewat reply mesej then  mulalah adegan pujuk memujuk pastuh… dalam bilik asyik berabang sayang memanjang! aduhh kesianlah member sebilik… hurmm tak der kesedaran sivik langsung! hehehe (tak kena batang hidung sendiri kan…)
aku pun pernahlah jugak berkasih-kasihan.. tipulah kalau kata tak pernah kan… nak kata yang terdeclare as my botfriend tuh agak ramai la jugak (hahahahaha) tapi yang betul2 buat aku crush ngan diorang just dua orang jer… ermm time skolah menengah dulu nih. nak dijadikan cerita dua org makhluk ALLAH ni ade kaitan between each other. yang bezanya, sorang tuh sedar yang sorang lagi tak nak sedar… hihihi… maybe jarak umur dan cara berfikir tuh lain kot.. sebab yang sorang tuh sebaya aku jer, kalau diikutkan bulan, tua lagi aku! tapi yang lagi sorang tuh memang sah la lebih senior dari aku, beza umur kitorang 9 tahun kot.. huhu tapi aku suka! the way he thinks tuh benanya dah menjajah otak aku. banyak benda yang dia berjaya pengaruhi aku,. hurmm aku pun tak tahu nape, tapi cara dia berfikir tu sangat glokallah… maybe tuh kot yang buat aku suuuuuuuuuuuke bangat kat dia. tapi apa boleh buat kan…… masalah dunia tak memungkinkan untuk kitorang declare as a couple.. huhuhuhuhuh seday mei! urmm mamat tuh cakap aku terlalu kisah ngan cakap2 org, aku tersangatlah merendahkan diri (kalau meter yg jadi ukuran tak per, aku masih boleh terima tapi kalau bab darjat dan pangkat nih ermmmm kite kena fikir banyakkkkkkk kali sebelum berani main dengan dua benda yang agak sama jer maknanya, walaupun family dia cakap tak kisah tapi aku tetap nak kisah jugak)…
mamat nih ngan aku memang rapat, banyak benda aku boleh share dengan dia. (kadang2 hal pakwe2 baru yang datang singgah kejap kat aku pun aku cite kat dia, hehehe… selalunya aku buat2 lupa yang dia tuh der hati kat aku. saja nak ‘memburukkan’ diri sendiri. selebihnya saja nak kasi hint kat korang yang aku ni perasan lawa 0_0)… dia pun cool jer, siap kasi advise lagi babes! dia pun faham, yelah dah senior kan.. dia tahu time ginilah aku nak berkenal-kenalan ngan orang lain, nak kenal dunia… so yang mana patut dia kutuk, dia akan smash gitu je, yang patut ditegur dia tegur…so ok lah tuh… he always there whenever, wherever i need him.. cheee sekali sekala best jugak jadi minah jiwang nih walaupun aku ni sebenarnya tak layak duduk dalam kategori jiwang! huahuahua
mamat ni selalu cakap, (mesejnya tuh lebih kurang bunyi macam nih la…) – “couple is ok… tapi bila declare as a couple tak bermakna your life is my life! privacy should still there. u need to spend ur time with anyone u want. and so me… couple, yes berkawan pada tahap yang tinggi, specialnya tuh lebih sikit dari membe yang lain, tapi couple kita masih tak memiliki dan dimiliki (sbb blom kawen!). kalau salah sorang dari kita berjumpa dengan lelaki/perempuan yang kita rasa lebih sesuai, lebih serasi, lebih cocok dengan diri kita so just go… go on dengan siapa yang kita yakin milik kita. dan yang ditinggalkan keseorangan tuh tak leh persoalkan benda tuh, kecewa boleh sbb tulah tandanya kita masih manusia normal, confirm akan kecewa (org yg kita rasakan kita tidak memerlukan dia sebenarnya yang itulah yang paling kita perlukan sebenarnya). kita kena ingat, berjanji sumpah setia, nak sehidup semati, bercinta bertahun-tahun tapi kalau dah tak ada jodoh?????? ajal maut, jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan? siapa kita nak persoalkan takdir yang ditulis sejak azali?? siapa kita??
ingat yer… couple (maksud aku yang masih bercintan cintun la, bukan yang dah kahwin) tak memiliki dan tak dimiliki.. so korang janganlah nak control habis-habisan partner korang tuh. ingat, his/her life is not just around you! jangan kejam sangat, sampai makwe/pakwe nak buat discussion pasal assingment dengan someone yang lain gender dengan dia pun korang nak majuk berminggu-minggu! hurmmm… terlewat reply mesej pun semalaman baru boleh pujuk, itu belum tak reply terus! kalau terus tak reply tak tahulah aku berapa lama adegan pujuk memujuk, menghabiskan kredit telefon tuh akan berlanjutan! haiyhhh… kadang2 tuh heran gak, entah apa yang diorang sembang berjam-jam kat fon, kalau sorang duduk selatan, sorang duduk utara tak per gak ini alahhhhhhh sorang duduk bangunan ni, yang lagi sorang tuh berseberang jer, hari-hari boleh nampak! tu pun nak bergayut kat fon sampai cair taik telinga! ntah apa yang digosipkan pun tak tahulah… jelez aku! (aku ni couple asyik tak menjadi jer, kena mandi bunga ke???) jangan bila dah kahwin kelam kabut nak bercerai sudohhh (dah tak der topik nak digosipkan kan)… perhabis duit untuk hantaran, kenduri jer!
urmm berbalik pd xmemiliki dan xdimiliki tuh, maybe sebab ‘konsep’ tu la kot yang membuatkan aku susah nak melekat dengan mana-mana lelaki. yelah, ade ke yang tahan dengan perempuan yang jarang boleh nampak dia cemburu, perempuan yang tak kisah apa u all nak buat (bukan tak kisah langsung, still de tapisan gak tapi tak la sampai ke tahap nak mengongkong), perempuan yang susa nak ikut cakap korang, perempuan yang agak ego, then apa lagi ya?? hurmm tak baik kutuk diri sendiri… ^__^
dan maybe sbb konsep tu jugak, aku ngan mamat senior tuh sampai skang masih blur apa kami sebenarnya. kakakakaka… urmm biar masa menentukan segalanya.. chewahhhhhhhhhhhh
single is simple, couple is trouble… betul, untuk sesetengah orang.. huhuhu (pengalaman…)
sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun guruh mampu menjawab
hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapakah nanti cinta untukku…
rahsia itu hanya KAU yang tahu…
tuntun hatiku dengan sabar dalam menanti jodohku.

Tuhan tolong diriku...

ku merasa getaran cinta
disetiap tatapan matanya
andaiku cuba tuk berpaling
akankah sanggupku hadapi kenyataan ini

oh Tuhan tolonglah aku
jangan Engkau biarkan diriku
jatuh cinta padanya
sebab andai itu terjadi
akan ada hati yang terluka

Tuhan tolong diriku...
walaupun terasa indah
andaikan ku dapat juga dirinya
namunku harus tetap bertahan
menjaga cinta yang telah dulu ku jalani

selangkah engkau pergi
seribu langkah aku mengejarmu
sekelip mata kau hilang
seluruh pelusuk ku cari
setinggi mana kau membawa diri
akan ku daki
sedalam mana cuba kau sembunyi
akanku cari









Sunday, October 3, 2010

spoiled nyer ari nih..............................................

salam...
nak cite ni, actually bukan nak bercerita tapi nak mengadu skit! hurmmm memalukan lah presentation tadi tuh, kaw2 nyer kena bang dengan lecturer aku tuh... wuarghhhhhhhhhhhh (yg terlebih frust ni sbb aku setuto ngan ex aku tuh... adehhh dah r kena komen2 kaw2 nyer ngan lect then dy lak ader dpn mata, wahhhh jatuh saham sih!)
memang xkool la arini... huhuhu
memang dah nampak, aku bakal bernasib malang ari nih,,, awal sebelum gi tuto tuh, masalah dengan nak print. nasib baik boleh jugak print walaupun lambat! hurmmm... xdpt aku baayangkan la kalaulah aku tak boleh print 'skrip2' nak present tadi tuh....seminggu kot benda ni menghantui aku! hehehehe

tapi memang padan r ngan muka group kitorang nih, dah nak present sangat2 baru tergedix nak buat discussion.. huhu... then sebanyak mana kita usaha sebanyak tulah yang kita akan dapat kan? so.... memang padanlah sangat! assgmnt td tuh pun bukannya solid 'air tangan' aku pown... hahahahaaha (kita kena menggunakan setiap sumber yg ade xkiralah secara legal ker tak..)

masa lecturer aku soal td tuh, memang ase cam nak terkencing la jugak! tp memang group aku tuh dah expect benda nih.. memang lecturer tuh agak detail skit orangnyer... baguslah tuh, at least bila kami dah final year t terserlahlah jugak kesenioran kami tuh... hehehehe... ini baru 1st present kan, xperlah... semua org pernah lalui 'pertama kali' kan?? so nak terus cemerlang, gemilang, terbilang tuh susahlah sikit untuk kali pertama kan... sekurangnyer, komen2, yang di kaw2 tadi tuh kitorang boleh baiki di masa depan, so.... moralnya.....
PLEASEEEEEEEEEE KALAU LECTURER KO KASI KERJA, MAKESURE SIAPKAN CEPAT K. JANGAN BUAT LAST MINUTE! T JADI CAM AKU... 
PAPE PUN, AKU NGAN GENG DAH LEPAS PRESENT... BAHAGIANYA!!!


*td masa aku g kat lecturer tuh (sbb dy nak address info yg aku amek tuh), aku nmpak la skit komen2 dy kat ketas tuh... huhu... ok la, xder yg kureng2 pun... lecturer tu pun thu, kami ni baru blaja nak present, baru nak biasakan diri... so..? chill la!

Thursday, September 30, 2010

cepat la makcik........!

kisah ni paling best r... my bez ever!
kisahnya sal c ijat nih...
citenya start masa puteri masuk spital sbb kena phenomenia -aku xbrapa sure istilah nih... hihihi (jgkitan kuman kat paru2)..
petang 2 kitorg g tengok  c puteri kat spital... aku, ijat, mak, abah aku ngan sorg anak sedara aku, iffah..
on the way balik tuh... ingatkan abah aku nak tros balik jer, xnak singgah mana2 upenya tekaan kami tersasar! abh aku stop kat simpang 4, jauh r gak dari umah aku... dlm sengah jam gak la nak sampai simpang 4 tuh dri umah aku.. agaklah!
abah nak beli buah durian, mak aku lak nak g cari gula kot, alah brg2 dapur... so aku ngn iffah ni ileks je la kan...
aku ikut mak masuk kedai... pastu dh kedai tu sempit aku pun kua r... tetiba ijat dgn muka suspen nye dtg tarik tngn aku. aku actly dh boley agak asal ...
"Chik, bilik air kat mana?"
aku tengok muka c ijat nih... wahhh memang darurat nih!
"Nape?" aku tny dy wlwpun aku dh boleh agak jawapannya.
"Sakit perut nih..." haaa slalunya 'adik' kpd sakit perut ja, kali ni diserang 'abangnya'... susah ni, desisku.
"P cari tok wan!"
dy tarik tngn aku, kelam kabut la g cari keta tok wan dy... aku pun terkalut sama la..yelah kalau nak kencing boleh g aku tlg cover line, lepas je tp2 lgkang ke... T__T
eh mana tok wan ni? aku pun melilaukan mata cari keta abah. tp xder! urmm ntah ke mana abah aku g... ijat yg terkepit2 makin terdesak.
"Chik cepat la! hampa tepon la tok wan!" ijat goncang2 tngn aku nih. aku plak yg cering bulu roma! hahaha
"Ishh hampa tahan la dulu, tok wan xtahu pi mana ni... td xmau gitau cpt2.." aku bagi la sikit semangat kat dy,.
ijat xterkata. dy diam jer... pas ke kiri ke kanan aku try usya kot2 nampak keta abah aku tetiba ijat berheti sambil pegang sluar dy...
"Haaaa terkeluar laih..." dgn selamba dn tanpa rasa berslh... dy bagitau aku! aku apa lagi... tepuk dahilah! buatnya abah aku bising t... urmm
aku memng bajet abah aku nak berleter panjang la!
adehhh xsenonoh tol ko ni ijat... yg ko g melepas dlm slua tu apsal... masalah2...
dlm kelam kabut tu tetiba abah aku sampai.. owhh g cari durian rupanya... tp bukan tuh yg aku pk benanya... aku tengah suspend nk gitau yg ijat dh melepaskan hajatnya dlm slua!
mak aku yg twu seminit dua lebih awl dri abah juz jegil2kan mata jer... apa pun tak terkata. memg kami pakat bajet kena leter r kalau abah aku tawu!
hurmm nak xnak tetap kena gitau gak...
so aku pun.... "Abah.. ijat berak lam slua."
tersekat2 la jugak kan... hehehe
"Lahhh.... ang ni ijat! ishhh..."
abah aku tima dgn tenangnya... so aku pun bantailah gelak ngn iffah! hahahaha
terpaksalah kami thn je sepanjang jln tuh... haiyhhh nasib baik abah punya keta tuh beso! so ijat duduk di blakang skali! lapik plastik gi tu... sepanjang jln tuh............ dy diam jer... konfom takut tok wan bising!
aku ngan iffah punyalah tersiksa! xterkata, masing2 xdaya nak buka mulut tp..............................
"Hai ijat diam ja, mati dah ka?" abah aku tanya... sambil gelak2 la.
"Eh dak aih.." sepantas kilat ijat jawab. aku pa gi... gelak kaw2 la!
loqlaq sungguh budak nih!
balik umah, tak payah suruh dy la angkat lapik plastik tuh, g cuci, cuci keta tok wan dy... xterkata apa bila org asyik gelakkan dy! hahahaha